Mekanik maut motosikal langgar lembu - Utusan Malaysia

Mekanik maut motosikal langgar lembu

KEADAAN mayat Muhammad Danial Haikal Ruhadi yang maut selepas motosikal yang ditunggang terlanggar seekor lembu di Jalan Kampung Guntung Luar - Kampung Pancur Merah, Setiu, pagi tadi. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggang terlanggar seekor lembu di Jalan Kampung Guntung Luar – Kampung Pancur Merah, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Polis Affandi Hussin berkata, mangsa, Muhammad Danial Haikal Ruhadi, 23, meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.05 pagi itu.

“Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru Seberang Binjai, Guntung Luar menghala ke Kampung Pancur Merah di sini.

“Siasatan awal mendapati mangsa terlanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan lalu terbabas ke arah besi penghadang jalan yang terletak di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Affandi, akibat daripada pelanggaran itu mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C100 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya