Mayat wanita tergantung disahkan warga tempatan - Utusan Malaysia

Mayat wanita tergantung disahkan warga tempatan

Mayat tergantung
MAYAT dipercayai wanita ditemukan dalam keadaan tergantung dekat sebuah stesen LRT, Taman Sri Andalas di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan tergantung dekat sebuah stesen Aliran Transit Ringan 3 (LRT3) dekat Taman Sri Andalas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mayat tersebut ditemukan lengkap bertudung oleh seorang pengawal keselamatan yang menghubungi talian kecemasan MERS 999.

Menurutnya, mayat tersebut ditemukan ketika pekerja berusia 55 tahun itu yang sedang membuat rondaan kawalan keselamatan sebelum terjumpa sekujur tubuh dalam keadaan tergantung.

“Hasil siasatan mendapati semasa saksi yang merupakan pengawal keselamatan di stesen LRT3, membuat rondaan di kawasan tersebut terjumpa seorang perempuan di laluan pejalan kaki dalam keadaan gantung diri.

“Pihak ambulans sampai di tempat kejadian dan mengesahkan kematian. Siasatan di tempat kejadian juga mendapati simati menggunakan kain tudung untuk mengikat lehernya dan di besi bumbung pejalan kaki untuk menggantung diri,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau menambah, siasatan polis terhadap identiti wanita tersebut mendapati simati merupakan seorang perempuan warga tempatan berumur 47 tahun dan seorang gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap.

Kata Hoong Fong lagi, penemuan mayat tersebut juga diapati tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan jenayah mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mangsa adalah gelandangan yang tinggal stesen berkenaan. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Bedah siasat dijalankan di hospital itu dan pegawai perubatan forensik mengesahkan punca kematian disebabkan gantung diri dan tiada kecederaan lain,” jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut dinasihatkan hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan penduduk di Taman Sri Andalas gempar apabila terdapat mayat ditemukan dalam keadaan tergantung pada struktur binaan dipercayai sebuah stesen LRT3 yang masih belum beroperasi.

Insiden tersebut menarik perhatian penduduk setempat yang keluar bekerja kira-kira pukul 7.30 pagi pada hari kejadian apabila mendakwa terdapat ambulans dan kawalan polis dekat jalan utama berhampiran stesen berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya