Maxwin Chiew, Choi, Kriangkrai kongsi tempat pertama  

Maxwin Chiew, Choi, Kriangkrai kongsi tempat pertama  

DARI kiri: Maxwin Chiew Jian Weng, Jun Hee Choi dan Siwakorn Kriangkai berkongsi kedudukan teratas pada hari kedua kejohanan Saujana Amatuer Championship di Saujana Golf & Country Club (SGCC), Subang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Pemain golf amatur negara, Maxwin Chiew Jian Weng berjaya mengikat pendahulu hari pertama, Jun Hee Choi dari Korea untuk berkongsi kedudukan di tangga teratas pada hari kedua kejohanan Saujana Amatuer Championship kali ke-33 di Saujana Golf & Country Club (SGCC), Subang, hari ini.

Maxwin Chiew bermain agak baik hari ini selepas mencatat 73 pukulan satu di atas par untuk mengumpul 143 pukulan keseluruhan, menyamai jumlah pukulan keseluruhan yang dicatatkan oleh Choi apabila dia merekod 74 pukulan dua di atas par hari ini.

Maxwin Chiew pada awalnya bermula baik pada sembilan lubang pertama selepas membenam tiga birdie. Bagaimanapun dia gagal mengekalkan rentak cemerlang apabila melakukan rentetan bogey pada empat lubang terakhir ialah pada lubang 15 hingga 18.

Turut berkongsi kedudukan tempat pertama ialah pemain dari Thailand, Siwakorn Kriangkrai yang bermain cemerlang hari ini dengan catatan 70 pukulan dua di bawah par. Semalam dia bermain agak hambar dengan catatan 73 pukulan dua di atas par. Namun berjaya memperbaiki permainannya hari ini untuk melakar catatan 143 pukulan.

Seorang lagi pemain amatur negara, Hariz Hezri dan pemain Thailand, Thanawin Lee pula terikat pada kedudukan kedua selepas masing-masing melakukan 73 pukulan satu di atas par. Mereka berdua merekodkan jumlah pukulan yang sama iaitu 145 pukulan keseluruhan selepas melakar 72 pukulan pada hari pertama.

Pada hari ketiga esok, hanya 50 pemain sahaja yang akan beraksi sehingga hari akhir kejohanan Saujana Amatuer Championship. – UTUSAN

KEPUTUSAN

143 Jun Hee Choi (KOR) 69-74; Maxwin Chiew (MAS) 70-73; Siwakorn Kriangkai (THAI) 73-70

145 Thanawin Lee (THA) 72-73; Hariz Hezri (MAS) 72-73

146 Andrew Yap 72-74, Chalitha Pushpika (SRL) 71-75, Carl Lund 74-72

147 Josiah Edwards (AUS) 74-73, Anson Yeo 72-75

148 Seunghyun Pi (KOR) 73-75

151 Danny Millis 76-75, Hadi Irfan 73-78, Poon Jia Hao 73-78

152 Mohd Faiq 75-77, Yong Junn 81-71

153 Sharnaz Shukor 76-77, Jae Min Park (KOR) 78-75

154 Lam Kong Foo 80-74, Anthony Joseph (AUS) 75-79

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya