Maut disengat tebuan ketika aktiviti permotoran - Utusan Malaysia

Maut disengat tebuan ketika aktiviti permotoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seorang lelaki maut disengat tebuan ketika melakukan aktiviti sukan permotoran berhampiran Felda Tenang, Hutan Simpan Jalan Temayong, Labis,  di sini, semalam.

Penolong Penguasa Bomba Muhammad Hafifie Md. Sarif berkata, pasukan bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 2.24 petang.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati terdapat seorang mangsa terbaring yang dipercayai disengat tebuan tanah.

“Mangsa diserang tebuan tanah tersebut ketika melakukan aktiviti sukan permotoran di hutan simpan berkenaan.

“Mangsa berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Klinik Kesihatan Labis,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya