Masalah autopilot, Tesla panggil balik dua juta kereta di AS

Masalah autopilot, Tesla panggil balik dua juta kereta di AS

KILANG pengeluar kereta Tesla di Fremont, California. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tesla memanggil balik lebih dua juta kereta di Amerika Syarikat (AS) yang membabitkan hampir semua unit kenderaannya dijual di negara itu, susulan masalah sistem kawalan pandu auto (autopilot).

Langkah itu berikutan pengawal selia Persekutuan memaklumkan masalah tersebut boleh membahayakan keselamatan.

Dalam pengumuman itu, pengeluar kereta itu mengesahkan kawalan sistem perisian autopilot tersebut `mungkin tidak mencukupi untuk mengelakkan penyalahgunaan pemandu’.

“Teknologi automatik itu mampu meningkatkan keselamatan tetapi hanya apabila ia digunakan secara bertanggungjawab.

“Tindakan kali ini adalah untuk menambah baik sistem automatik dengan mengutamakan keselamatan,” kata jurucakap Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) yang menyiasat fungsi autopilot selama lebih dua tahun.

Keputusan itu menandakan penarikan semula terbesar untuk Tesla ketika pembangunan kenderaan autonomi di AS berdepan beberapa siri masalah berkaitan isu keselamatan.

Syarikat itu memaklumkan akan memasang perlindungan baharu bagi sistem autopilot dan membaiki masalah dialami.

Penarikan semula itu merangkumi model Y,S,3 dan X yang dihasilkan antara 5 Oktober 2012 dan 7 Disember 2023.

Sementara itu, pemangku Pentadbir NHTSA, Ann Carlson ketika berada di Dewan Perwakilan AS memaklumkan Tesla bersetuju untuk menarik balik kenderaan terlibat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya