Maria Arshad stabil - Utusan Malaysia

Maria Arshad stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KUMPUR: Keadaan pelakon veteran, Maria Arshad, 64, stabil selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta, dekat sini.

Khabar gembira itu dikongsi menantunya yang juga pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira di Instagram.

“Maria Arshad dah senyum guys. Yang penting doa semua orang.

“Alhamdulillah, terima kasih yang tak terhingga,” tulisnya.

Maria atau nama sebenarnya, Kamariah Arshad semalam berada dalam keadaan separuh sedar dan masih di rawat di unit rawatan rapi.

Pelakon tersebut dikejarkan ke hospital Selasa lalu selepas mengadu sakit urat bahagian belakang badan.

Keadaan menjadi teruk selepas mengalami muntah-muntah dan kejang otot. Doktor mengesahkan ibu kepada pelakon Ijoy itu tidak mengalami sebarang penyakit serius.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN