KOTA BHARU: Mangsa banjir di negeri ini semakin bertambah apabila seramai 1,366 mangsa sedang berlindung di 21 buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8.15 pagi.
Jumlah tersebut bertambah sebanyak 129 orang berbanding 1,237 orang setakat pukul 4 petang semalam.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana negeri Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang antara jajahan yang terjejas dengan banjir setakat ini.
Katanya, daripada jumlah tersebut Kuala Krai menempatkan mangsa banjir paling ramai setakat ini iaitu 581 orang.
“Sementara di Tanah Merah seramai 418 mangsa sedang berlindung di PPS, diikuti Pasir Mas (346) dan Machang (21),” katanya.
Dalam perkembangan lain, semua sungai-sungai utama di negeri berada pada paras normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang melepasi tahap bahaya.
Bagaimanapun, paras air di Sungai Semerak di Melor melepasi amaran. – UTUSAN