Malu gagal peperiksaan, lelaki mahu bunuh diri - Utusan Malaysia

Malu gagal peperiksaan, lelaki mahu bunuh diri

Bunuh diri
PASUKAN bomba memujuk seorang lelaki yang cuba membunuh diri selepas gagal dalam peperiksaan, dekat sebuah bangunan terbengkalai di Lorong, Kampar, Bukit Kuda, di Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki nekad cuba terjun dari sebuah bangunan terbengkalai setinggi 30 tingkat di Lorong Kampar, Bukit Kuda, di sini untuk bunuh diri semalam akibat berasa malu dengan keluarganya selepas tidak dapat menerima keputusan gagal dalam sebuah peperiksaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.40 pagi sebelum mengerahkan sepasukan enam pegawai dan anggota ke tempat kejadian.

“Berdasarkan maklumat awal keluarga menyatakan mangsa hilang di bangunan terbengkalai di setinggi 30 tingkat di lokasi tersebut. Anggota bomba kemudiannya melakukan pencarian dan berjaya mengesan lelaki berkenan pada tingkat 20. 

“Tindakan pantas penyelia dan bomba operasi kemudiannya berjaya memujuk mangsa untuk turun dari bangunan itu,” katanya, hari ini.

Bagaimanapun, lelaki berusia 20 tahun itu yang berdiri pada aras 20 bangunan tersebut berjaya dipujuk.

Ahmad Mukhlis menambah, mangsa yang cedera ringan di bahagian kaki kemudiannya diberikan rawatan awal oleh anggota jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

“Berdasarkan siasatan awal dipercayai lelaki itu berada di bangunan tersebut untuk bunuh diri. Tindakan itu dipercayai akibat malu dengan keluarganya kerana tidak lulus peperiksaan. Lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya