Malaysia tangga kelima laporan Pemantauan Tadbir Urus Korporat 2023

Malaysia tangga kelima laporan Pemantauan Tadbir Urus Korporat 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal di tangga kelima dalam kalangan 12 negara rantau Asia-Pasifik berdasarkan Laporan Pemantauan Tadbir Urus Korporat 2023 dalam senarai skor dan penarafan.

Rekod itu menyaksikan Malaysia mencatat skor 61.5 peratus atau meningkat dua peratus berbanding laporan sama pada 2020.  

Kedudukan negara dilihat lebih baik berbanding Hong Kong (59.3 peratus) dan India (59.4 peratus) yang masing-masing di tangga keenam dan ketujuh diikuti Korea (57.1 peratus), Thailand (53.9 peratus), China (43.7 peratus), Filipina (37.6 peratus) dan Indonesia (35.7 peratus).

Sementara itu, Australia berada di tangga pertama (75.2 peratus) yang mengekalkan kedudukan dari laporan 2020, disusuli Jepun (64.6 peratus), Singapura (62.9 peratus) dan Taiwan (62.8 peratus).

Laporan itu menyenaraikan tujuh kategori skor pasaran iaitu, kerajaan dan tadbir urus awam; pengawal selia melibatkan pembiayaan; kapasiti, pembaharuan tadbir urus korporat dan penguatkuasaan; peraturan tadbir urus korporat; syarikat tersenarai; pelabur; juruaudit dan pengawal selia audit serta masyarakat sivil dan media.

Malaysia dilihat mempamer prestasi yang baik dalam dua daripada tujuh kategori iaitu juruaudit dan pengawal selia audit dan peraturan tadbir urus korporat.

Bagi segmen juruaudit dan pengawal selia audit, negara menduduki tempat pertama dengan skor 92 peratus. 

Ia meningkat berbanding pada 2020, apabila negara mencatat skor 86 peratus.

Bagi segmen peraturan tadbir urus korporat pula, Malaysia mencatat 79 peratus, di kedudukan kedua di belakang Australia.

Bagaimanapun, negara mencatat kedudukan buruk iaitu di tangga kelapan bagi kategori kerajaan dan tadbir urus awam dengan skor 37 peratus, namun ia naik lima mata berbanding laporan 2020.

Laporan itu dilaksana menggunakan 108 soalan berkaitan tujuh kategori berkenaan, bagi menilai sistem tadbir urus korporat dan tahap pembaharuan yang dilakukan pihak berkepentingan dalam pasaran modal. 

Pihak-pihak berkenaan ialah kerajaan, pengawal selia kewangan, syarikat tersenarai, pelabur, juruaudit, dan masyarakat sivil dan media. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya