Malaysia ini sudah bebas rasuahkah? - Pas - Utusan Malaysia

Malaysia ini sudah bebas rasuahkah? – Pas

AHMAD FADHLI SAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas mengeluarkan kenyataan secara sinis terhadap parti politik kerajaan yang didawak mereka dilihat tidak lagi bersuara mengenai isu rasuah dan perkauman yang biasanya dibangkitkan dalam mesyuarat agung atau konvensyen parti.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari bertanya jika negara sudah benar-benar bebas rasuah sehingga tidak kelihatan parti politik menyentuh perkara itu dalam mesyuarat.

Ahli Parlimen Pasir Pas itu bagaimanapun tidak menyebut parti politik atau nama pemimpin-pemimpin tertentu, namun, ia dikaitkan dengan Konvensyen Amanah Nasional 2023 yang berakhir semalam.

“Dahulu, ucapan di mana-mana mesyuarat agung dan konvensyen parti mereka penuh dengan isu-isu rasuah, integriti, tangkap orang itu dan orang ini.

“Sekarang, tidak dengar lagi isu rasuah yang ada kononnya pihak lawan rasis, main 3R (agama, raja dan kaum) dan lain-lain.

“Kenapa? Negara sudah bebas rasuahkah apabila mereka berkuasa? Dan semua perasuah didakwakah? Atau sebenarnya dibebaskan?,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kekal sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi tempoh 2023-2026 apabila dipilih sekali lagi untuk menerajui parti itu dalam mesyuarat khas Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti itu semalam.

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof pula dipilih sebagai Timbalan Presiden yang sebelum ini kosong selepas penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari pula kekal dengan jawatan Naib Presiden. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya