Malaysia contoh persefahaman, toleransi kepelbagaian etnik seluruh dunia - Utusan Malaysia

Malaysia contoh persefahaman, toleransi kepelbagaian etnik seluruh dunia

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menjadi tauladan, persefahaman dan toleransi antara kepelbagaian etnik, agama serta budaya kepada seluruh dunia.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, ia berdasarkan tiga prinsip asas iaitu Perlembagaan Persekutuan, lima prinsip Rukun Negara dan cabaran strategik Wawasan 2020 untuk mencipta bangsa Malaysia serta negara yang benar-benar maju.

“Dengan prinsip-prinsip asas ketiga-tiga dokumen ini, Malaysia boleh menjadi contoh tauladan dialog, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik, agama, budaya serta tamadun kepada dunia.

“Kita ada 63.5 peratus populasi negara yang mengamalkan Islam, 18.7 peratus Buddha, 9.1 peratus Kristian, 6.1 peratus Hindu dan sembilan peratus lain-lain kumpulan agama.

“Inilah objektif yang perlu diusahakan Malaysia kerana kini Kerajaan Perpaduan sudah berjaya menjamin kestabilan politiknya untuk tiga ke empat tahun yang akan datang.

“Marilah kita berusaha untuk menjadikan Malaysia contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya dan tamadun kepada dunia,” katanya dalam perutusan hari Krismas, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya