MAIWP peruntuk RM1.4 billion tahun hadapan untuk kesejahteraan asnaf

MAIWP peruntuk RM1.4 billion tahun hadapan untuk kesejahteraan asnaf

Mohd Daud Bakar (tengah) ketika sidang Media Bajet MAIWP 2024 Melestari Rahmah Madani di Menara MAIWP. - UTUSAN/Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan bajet sebanyak RM1.4 bilion untuk 2024 dengan peningkatan sebanyak 9 peratus berbanding RM1.28 bilion tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, penyediaan Bajet Rahmah Madani itu ditetapkan selari dengan pelan strategik MAIWP melibatkan Kesejahteraan Asnaf, Pendidikan, Transformasi Digital, Sistem Penyampaian dan Pemerkasaan Ummah.

“Pada tahun 2024, kita turut menyasarkan kutipan zakat berjumlah RM1.1 bilion melalui Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP manakala selebihnya merupakan anggaran pendapatan daripada sumber lain seperti sewaan, yuran pengajian serta pelaburan dan peruntukan geran daripada Kementerian Kewangan.” katanya.

Menurutnya, anggaran perbelanjaan sejumlah RM1.6 bilion yang terdiri daripada perbelanjaan agihan berjumlah RM1.3 bilion, perbelanjaan mengurus berjumlah RM2.15 juta dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM85.4 juta.

“Anggaran perbelanjaan MAIWP tahun 2024 meningkat sebanyak 11.31 peratus berbanding 2023 yang berjumlah RM1.44 bilion,” katanya.

Menurut Mohd. Daud, selaras dengan hasrat kerajaan dalam menoktahkan kemiskinan tegar, MAIWP memperuntukkan kepada dua fokus utama dalam perbelanjaan agihan menerusi dua fokus utama.

“Fokus pertama melibatkan pemerkasaan dan Kesejahteraan Asnaf di mana RM1.05 billion diperuntuk dengan agihan bantuan antaranya berbentuk kewangan, makanan dan perubatan.

“Bagi Pemerkasaan Modal Insan, melalui pendidikan, adalah sebanyak RM246 juta melibatkan skim bantuan berbentuk pelajaran luar dan dalam negeri, skim bantuan sekolah agama, program pembangunan asnaf, dan lain-lain,” katanya.

Bagi Perbelanjaan Mengurus, MAIWP memperuntukkan RM215 juta bagi perbelanjaan mengurus merangkumi aktiviti operasi dan pengurusan MAIWP pada tahun 2024.

“Fokus utama perbelanjaan mengurus adalah memberi penekanan kepada aspek kecekapan, kompetensi dan peningkatan mutu perkhidmatan MAIWP selari dengan teknologi terkini IR 4,” katanya.

Sementara itu, melalui perbelanjaan pembangunan, MAIWP turut mendapat kelulusan pembinaan Kompleks Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Mohd. Daud berkata, pihak MAIWP sentiasa bersedia membantu golongan asnaf dan B40 melalui peruntukan dana yang disediakan menerusi pelbagai skim bantuan yang ditawarkan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi insentif khas MAIWP.

“Bantuan keperluan asasi akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 mulai tahun 2024,” katanya.

Menurutnya, pembayaran melalui e-wallet akan dikreditkan bermula 16 Januari 2024 secara berperingkat melibatkan perbelanjaan sebanyak RM108.7 Juta.

“Kemampuan untuk menyediakan peruntukan yang besar ini berjaya dilaksanakan oleh MAIWP hasil daripada komitmen para pembayar zakat di dalam dan luar Wilayah Persekutuan.

“Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua pembayar zakat, kerana dengan zakat anda, MAIWP dapat melaksanakan amanah dengan membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya