TEMERLOH: Jika mengunjungi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah dekat Temerloh, Pahang, kita pasti terpesona dengan kemesraan gajah dan penjaganya. Namun di sebalik kemesraan itu ada risiko bagi penjinak gajah atau mahut termasuk kehilangan nyawa. Tugas sebagai mahut ataupun penjinak gajah bukan mudah kerana risikonya boleh menggadai nyawa jika dipijak oleh haiwan itu yang kebiasaannya memiliki saiz tapak kaki sehingga 17 inci dan berat antara tiga hingga lapan tan bagi seekor gajah dewasa jantan. Gajah yang dijinakkan dikenali sebagai denak adalah haiwan yang dilatih oleh mahut digunakan untuk membantu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya