Longkang tersumbat punca banjir

Longkang tersumbat punca banjir

PENDUDUK menunjukkan longkang tersumbat yang menjadi punca banjir kilat di Kampung Batu 3 ½ Jalan Changkat Jong di Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Penduduk di lebih 25 rumah di Kampung Batu 3 ½ Jalan Changkat Jong di sini meminta pihak berkenaan membaiki dan membersihkan longkang yang tersumbat bagi mengelak kejadian banjir yang kerap berlaku di kawasan rumah mereka.

Seorang penduduk, Mardiana Hamid, 45, berkata, penduduk tertekan dengan banjir yang kerap berlaku disebabkan aliran air terjejas kerana longkang yang tidak diselenggara dengan baik.

Menurutnya, air tidak dapat mengalir dengan baik kerana longkang sumbat dipenuh pasir dan sampah, juga parit buang yang tidak diselenggara dengan baik.

“Masalah banjir yang kerap berlaku ini sudah lama disebabkan keadaan longkang yang tersumbat dengan pasir dan sampah. Apabila air tidak dapat mengalir dengan baik sudah tentu menyebabkan banjir.

“Jadi saya berharap pihak yang berkenaan melihat masalah ini apatah lagi ketika musim tengkujuh sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi penduduk, S. Sudiran, berkata, setiap kali hujan, kawasan perumahan itu akan dinaiki air dari longkang yang tersumbat dan kadang kala air memasuki rumah sehingga paras buku lali .

Dia yang sudah tinggal di sejak 25 tahun lalu berkata, banjir akan membawa bersama lumpur dan pasir.

“Kami sudah tidak tahan lagi berdepan masalah banjir ini yang perlu dibersihkan segera jika tidak kotoran banjir sukar untuk dibersihkan.

“Saya berharap pihak yang berkenaan segera bertindak membersihkan longkang di kawasan perumahan kami ini. Kawasan perumahan kami juga perlukan perhatian daripada pihak berkenaan,” katanya.

Penduduk, Tan Liew, 55, berkata, disebabkan longkang yang tersumbat, air hujan tidak dapat mengalir ke parit besar, sekaligus menyebabkan banjir.

“Setiap kali hujan lebat, banjir membawa bersama lumpur dan pasir dari longkang, kami sudah penat membersihkan rumah setiap kali selepas banjir,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya