Lima rakyat Malaysia diiktiraf Felo ISC

Lima rakyat Malaysia diiktiraf Felo ISC

DARI kiri: Dr. Looi Lai Meng; Dr. Khatijah Yusoff, Dr. Asma Ismail; Dr. Awg Bulgiba Awg Mahmud dan Dr. Ramesh T. Subramaniam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima rakyat Malaysia menjadi antara 100 indvidu dianugerahkan Felo Majlis Sains Antarabangsa (ISC) 2023.

Mereka ialah Profesor Datuk Dr. Looi Lai Meng; Datin Dr. Khatijah Yusoff. Profesor Emeritus Datuk Dr. Asma Ismail; Datuk Dr. Awg Bulgiba Awg Mahmud dan Profesor Dr. Ramesh T. Subramaniam.

Dua daripada lima individu itu ialah Felo Kanan (dengan gelaran Ahli Akademik), manakala tiga lagi merupakan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM).

Presiden ASM, Datuk Dr. Tengku Mohd. Azzman Shariffadeen berkata, penganugerahan itu mengiktiraf sumbangan dan keupayaan serta mengukuhkan lagi kedudukan ASM di pentas global.

“Salah satu misi ASM adalah untuk menjadi peneraju pemikir dalam STIE (sains, teknologi, inovasi dan ekonomi) di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Pengiktirafan oleh ISC menjadi inspirasi (ASM) berusaha mencapai kejayaan yang lebih besar dalam mengejar kecemerlangan saintifik,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya