SETIU: Sebanyak lima keluarga di Kampung Permaisuri di sini bingung memikirkan nasib mereka apabila terpaksa tinggal di rumah yang dilanda banjir termenung pada musim tengkujuh sejak lima tahun lalu. Mek Mani Kadir, 63, berkata, kejadian banjir termenung itu kebiasaannya akan berlarutan sehingga kira-kira dua minggu sebelum surut. “Sejak dulu lagi kawasan kediaman kami ini memang tidak terkecuali apabila banjir melanda, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini keadaan semakin meruncing selepas banyak rumah dibina di sini. “Banjir termenung ini ambil masa paling lama sehingga dua minggu untuk surut sepenuhnya. Keadaan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya