PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai membuat hantaran ugutan bunuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di aplikasi Tiktok dipercayai kerana ‘suka-suka’ berbuat demikian. Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan awal terhadap lelaki berusia 34 tahun itu mendapati suspek bertindak sedemikian kerana suka-suka ekoran baru menggunakan aplikasi Tiktok. Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dengan mengumpul bukti-bukti teknikal. “Lelaki tersebut dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat semalam (Khamis). “Kita juga sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan sebelum diserahkan kepada pejabat Peguam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya