Lelaki rentung kemalangan van, lori - Utusan Malaysia

Lelaki rentung kemalangan van, lori

KEADAAN van yang terbakar selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 198.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang lelaki rentung manakala dua lagi cedera setelah van dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 198.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PRUS) arah utara di sini hari ini.

Kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 8.24 pagi.

Menurutnya, sebaik sahaja menerima maklumat, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah van dan sebuah lori menyebabkan seorang mangsa dalam van rentung manakala dua lagi cedera.

“Identiti semua mangsa belum dikenal pasti dan mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff ketika dihubungi berkata, kejadian terbabit masih dalam siasatan pihak polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya