Lelaki rentung dalam kebakaran rumah setinggan

Lelaki rentung dalam kebakaran rumah setinggan

KEBAKARAN rumah setinggan di Kampung Pinggiran Bakau, Semporna hari ini.-Ihsan Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Seorang lelaki rentung dalam kebakaran melibatkan tujuh buah rumah setinggan di Kampung Pinggiran Bakau awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Ladin,55, ditemukan di bahagian ruang tamu salah sebuah rumah yang terbakar sepenuhnya dalam kejadian tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.02 pagi dan sepasukan 10 pegawai serta anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, sebanyak tujuh rumah dan sebuah didapati terbakar sepenuhnya dalam kejadian itu.

Dua kenderaan turut terbakar sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di kawasan seluas 1,309 meter persegi.

“Semasa proses pemadaman dilakukan, terdapat seorang mangsa ditemukan rentung di salah sebuah rumah yang terbakar pada pukul 11.16 pagi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan sumber air dari jentera bomba dan sumber air terbuka daripada laut.

Operasi terkawal pada pukul 9.45 petang dan tamat sepenuhnya pada pukul 12.30 tengah hari. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya