Lee Sun Kyun meninggal dunia, disyaki bunuh diri - Utusan Malaysia

Lee Sun Kyun meninggal dunia, disyaki bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Sun Kyun, disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui di tempat letak kereta yang terletak di Taman Waryong, Seoul, Korea Selatan.

Memetik laporan media antarabangsa, berita itu disahkan oleh Balai Polis Seongbuk Seoul selepas menerima panggilan daripada isteri Lee Sun Kyun, Jeon Hye-Jin, mengatakan suaminya ada meninggalkan sebuah nota bunuh diri sebelum menghilang.

Polis turut menjumpai arang di dalam kereta Lee Sun Gyun sekali gus mengukuhkan bukti bahawa pelakon itu meninggal dunia akibat bunuh diri.

Dalam tempoh beberapa bulan ini, kecoh di negara itu kes melibatkan Lee Sun Gyun yang dikatakan terbabit dalam penyalahgunaan dadah marijuana di sebuah kelab malam.

Lee bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut semasa siasatan polis dan menegaskan tidak tahu pil tidur yang diberikan individu bernama Mr. A adalah dadah.

Sebelum meninggal, Lee pernah mencadangkan untuk menjalani ujian pengesan pembohongan atau lie detector test menerusi peguamnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya