PETALING JAYA: Lebih tujuh juta permohonan diterima Kementerian Kewangan bagi inisiatif kredit RM100 eMadani setakat pukul 5 petang semalam sejak mula dibuka kelmarin. Jumlah pendaftaran yang luar biasa itu menyebabkan timbul beberapa masalah teknikal terutama pada peringkat awal pembukaan pendaftaran, tetapi berjaya ditangani dan kembali berfungsi seperti biasa. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan meminta para pemohon bersabar dan memohon maaf terhadap apa juga kesulitan yang timbul dalam proses tersebut. Orang ramai juga diingatkan bahawa permohonan program eMadani dibuka sehingga 20 Februari 2024. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya