Lebih 1,500 peserta bakal meriahkan Penang 2nd Bridge PDRM 2023 Solidarity Fun Ride - Utusan Malaysia

Lebih 1,500 peserta bakal meriahkan Penang 2nd Bridge PDRM 2023 Solidarity Fun Ride

MOHAMED USUF JAN Mohamad pada sidang akhbar mengenai penutupan jalan sempena Penang 2nd Bridge PDRM 2023 Solidarity Fun Ride pada Jumaat dan Sabtu ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kira-kira 1,500 orang setakat ini sudah mengesahkan penyertaan mereka dalam acara Penang 2nd Bridge PDRM 2023 Solidarity Fun Ride pada Jumaat dan Sabtu ini.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, beberapa jalan akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada acara tersebut pada hari berkenaan.

Ujar beliau, proses penutupan dan lencongan jalan itu akan bermula pukul 10 malam (Jumaat) hingga pukul 3 pagi (Sabtu) ini.

“Sempena program ini, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan ditutup sepenuhnya pada Jumaat ini bermula 10 malam hingga 3 pagi, Sabtu manakala jalan lain-lain akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat mulai pukul 8 malam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurutnya, pada peringkat pertama, Bulatan Queen 1 dan Bulatan Quensbay akan ditutup pukul 8 malam, Jumaat ini (22 Disember).

Ujar beliau, pada peringkat kedua iaitu pukul 9 malam, bulatan persiaran Bayan Indah (berhampiran susur keluar ke Seagate), bulatan Batu Maung menghala ke pusat bandar, Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke arah kawasan perindustrian akan ditutup.

”Kemudian, pada pukul 11 malam (peringkat ketiga), kesemua susur masuk keluar ke jambatan kedua (kedua-dua arah), bulatan Bayan Baru (ke arah dan dari arah Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu) lencongan ke Jalan Tun Dr Awang dan Jalan Sultan Azlan Shah,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, seramai lebih 800 anggota dan pegawai polis akan bertugas dalam acara yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow itu.

“Pihak polis menasihati pengguna jalan raya supaya menggunakan jalan alternatif antaranya Jambatan Pertama Pulau Pinang.

“Pengguna jalan raya dari tanah besar menghala ke arah Bayan Lepas/ Bayan Baru perlu melalui Jalan Sultan Azlan Shah manakala mereka dari utara/selatan yang hendak ke Bandar Cassia perlu melalui Bukit Tambun,” katanya.

Tambahnya, semua pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal semasa penutupan jalan. – UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya