Lebih 1,000 topi keledar berjaya ditukar sempena Setahun

Lebih 1,000 topi keledar berjaya ditukar sempena Setahun Bersama Kerajaan Madani

ORANG ramai beratur menunggu giliran untuk menukar topi keledar yang diagihkan secara percuma kepada 1,000 pengunjung terawal sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini, semalam.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 topi keledar berjaya ditukar oleh pengunjung yang hadir ke reruai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) pada program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di Bukit Jalil di sini.

Pengunjung yang hadir dan beratur di reruai JPJ seawal pukul 7.30 pagi hari ini untuk mendapatkan topi keledar baharu.

Berbezanya pada hari ini, reruai JPJ dibuka seawal pukul 8.30 pagi berbanding semalam ekoran permintaan orang ramai untuk mendapatkan topi keledar baharu.

Bagaimanapun, topi keledar yang ditukar kepada pihak JPJ berjaya dihabiskan seawal pukul 10 pagi oleh pengunjung yang hadir.

Disebabkan kehabisan 1,000 topi keledar pada jangka masa pendek, tuntutan topi keledar dijangka dibuka semula pada sebelah petang untuk pengunjung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya