Lebih 1,000 guru baharu ditempatkan di Sarawak

Lebih 1,000 guru baharu ditempatkan di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 1,108 guru baharu ditempatkan di Sarawak mulai 28 Disember ini.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak memaklumkan, ia terdiri daripada siswazah keluaran universiti awam dan swasta.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 422 guru ditempatkan di sekolah rendah manakala 686 guru di sekolah menengah.

“Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Kementerian Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihaknya turut menghargai sokongan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Sarawak (SPP) dalam membantu mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak.

“Pihak jabatan akan sentiasa bekerjasama erat dengan pihak Kementerian Pendidikan dan SPP dan semua pemegang taruh Pendidikan dari semasa ke semasa bagi memastikan isu kekurangan guru di Sarawak dapat diatasi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya