Lawatan PM ke Jepun tarik pelaburan RM6.56 bilion

Lawatan PM ke Jepun tarik pelaburan RM6.56 bilion

ANWAR Ibrahim ketika hadir pada sesi makan tengah hari anjuran Japan Business Federation (Keidanren) dan Japan Chamber of Commerce and Industry (JCCI). - FACEBOOK PM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap lawatan kerja lima harinya ke Jepun berjaya dan amat menggalakkan apabila membawa pulang potensi pelaburan ke negara kira-kira RM6.56 bilion.

Jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan pelaburan dari Jepun terhadao Malaysia meningkat kepada RM30 bilion setakat ini.

Anwar berkata, pertemuannya dengan pelbagai pihak di Jepun termasuk rakan sejawatannya Fumio Kishida jelas menunjukkan bahawa hubungan Malaysia-Jepun kini menyaksikan anjakan baharu dari segi kerjasama pelaburan, perdagangan, pendidikan dan teknologi.

“Di Jepun ini pelaburan sedia ada, nak tunggu dikembangkan atau ditambah. Dalam pertemuan di Kuala Lumpur atau di sini (Tokyo) saya ingat 80-90 penambahan pelaburan di Malaysia.

“Dia (Jepun) nak tunggu dasar yang jelas. Contohnya syarikat ROHM Wako di Kelantan. Soal pelaburan kita persoalkan, malah kita galakkan dan beri jaminan tambahan untuk terus melabur,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di Tokyo, hari ini.

Menurutnya, ia adalah tambahan kepada potensi pelaburan bernilai RM23 bilion semasa lawatan delegasi Malaysia ke Jepun sebelum ini pada Jun dan potensi pelaburan kumulatif daripada lawatan ke Jepun pada tahun ini berjumlah RM29.56 billion.

Tiga syarikat korporat Jepun Rohm Wako, NEC Co Ltd dan Mitsui & Co yang sudah mempunyai pelaburan di Malaysia juga menunjukkan kesediaan untuk menambah pelaburan mereka.

Sabtu lalu, Perdana Menteri menyertai pertemuan bersemuka dengan ahli perniagaan dan kapten industri di Tokyo, termasuk wakil Rohm Wako yang merupakan pelabur terbesar sektor semikonduktor di Kelantan dengan kilang di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Anwar berkata, tahap persahabatannya dengan Perdana Menteri Jepun,Fumio Kishida meningkatkan pelaburan, kerjasama dan rangkaian strategik untuk negara.

“Saya ingat diplomasi durian itu berjaya. Umpama liputan media di sini sangat positif terhadap Malaysia berbanding sebelum ini.

“Jadi, saya anggap pertemuan sebelum ini di Jakarta dan Kuala Lumpur dan pertemuan di sini, pada saya sangat menggalakkan,” katanya.

Untuk rekod, ini merupakan lawatan rasmi sulung Perdana Menteri ke Jepun sejak memegang jawatan itu pada 24 November 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya