Laporan kemalangan boleh dibuat di balai berhampiran IPD Melaka

Laporan kemalangan boleh dibuat di balai berhampiran IPD Melaka Tengah

PETA laluan penutupan jalan dan laluan kontra di Banda Hilir, Melaka untuk Zon Bebas Kenderaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Laporan polis berkaitan kes kemalangan jalan raya boleh dibuat di Balai Polis Melaka Tengah, Balai Polis Tengkera dan Balai Polis Banda Hilir, selain Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah ketika pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, bermula pukul 6 petang Jumaat hingga 12 tengah malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ini bagi memudahkan orang ramai berikutan penutupan jalan selama 54 jam sepanjang Jalan Laksamana bermula dari simpang Bangunan Madonna hingga ke Jalan Tun Khalil Yaakob menghala ke Menara Taming Sari.

Beliau berkata, penutupan jalan dan pengwujudan jalan kontra telah dilaksanakan bermula 22 Disember lalu yang mana dua laluan kontra bermula dari simpang Bangunan Madrasah Nurul Ehsan, Banda Kaba hingga simpang Jalan Munshi dan dari Lorong Bukit Cina hingga Jalan Bukit Cina (simpang Puteri Hang Li Po).

“Lokasi tiada belok ke kanan (no right turn) berlaku di simpang Jalan Melati, Banda Hilir. Pengunjung boleh merancang untuk meletakkan kenderaan di 13 kawasan parkir.

“Iaitu parkir Medan Samudera, Plaza Mahkota, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, hadapan Hospital Mahkota, Casa del Rio dan sepanjang lampu isyarat Jalan Mahkota.

“Selain itu, mereka boleh meletakkan kenderaan di parkir Padang Nyiru, Tabung Haji, hadapan Hotel Yellow Mansion, sepanjang Jalan Gereja, sepanjang Jalan Chan Koon Cheng, sepanjang Jalan Jonker Street dan Jalan Hang Jebat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Christopher, lencongan laluan trafik dan penutupan jalan bagi ambang tahun baharu dan pelancaran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 akan bermula pada 29 Disember 2023 pukul 6 petang sehingga 1 Januari 2024 pukul 8 pagi.

Jelasnya, jalan yang ditutup adalah sepanjang Jalan Tun Mutahir bermula dari simpang Bangunan Maybank (Jalan Hang Tuah) hingga ke lampu isyarat Pengkalan Rama.

“Manakala lampu isyarat Jalan Tun Ali masih boleh dilalui dan aliran trafik hanya dihalakan ke Jalan Tun Mamat, Jalan Graha Maju dan Jambatan Jalan Persisiran Bunga Raya (The Shore).

“Pengunjung boleh merancang untuk meletakkan kenderaan di lapan kawasan parkir iaitu Medan Selera Tun Ali, sepanjang Jalan Graha Maju, sepanjang Jalan Tun Mamat, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Masjid Fathur Rahman Pengkalan Rama, Jalan Lagenda, Pasaraya Aeon dan Pasaraya Lotus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya