Laporan interim kajian SSPA, diserah kepada PM Januari ini - KPPA

Laporan interim kajian SSPA, diserah kepada PM Januari ini – KPPA

ZULKAPLI Mohamed pada majlis mendaftarkan diri dengan Identiti Digital ID di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyerahkan laporan interim berkaitan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed berkata, laporan interim itu sudah disiapkan dan menunggu untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata, pihaknya berharap satu keputusan akan dibuat oleh Perdana Menteri dan barisan Jemaah Menteri berhubung laporan interim itu nanti.

“Mungkin bulan januari laporan itu akan diserahkan bagi memastikan apa sahaja yang terkandung dalam laporan interim itu dapat diberikan keputusan dan seterusnya dilaksanakan dengan syor-syor seterusnya.

“Laporan itu bagaimanapun masih boleh ditambah baik kerana ia laporan pertama diserahkan selepas Perdana Menteri selepas beliau mengarahkan sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi mengkaji semula SSPA itu,” katanya ketika ditemui selepas mendaftarkan diri dengan Digital ID di lobi JPA di sini, hari ini.

Katanya, masih terlalu awal untuk beliau memberikan ulasan mengenai laporan interim SSPA itu sehinggalah Perdana Menteri membuat satu kenyataan umum.

Media sebelum ini melaporkan, laporan akhir kajian SSPA dijangka dibentangkan pada Julai tahun depan, sebelum diangkat untuk pembentangan Belanjawan 2025.

Sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 98,757 cadangan membabitkan 40,833 responden sudah pun diterima bagi tujuan kajian berkenaan.

Perdana Menteri sebelum ini juga memberi bayangan bahawa skim gaji baharu untuk penjawat awam akan diumum sebelum akhir tahun hadapan.

Buat masa ini, katanya, beberapa garis panduan akan disediakan sebelum akhir tahun ini atau suku pertama 2024 agar skim gaji baharu itu dapat diumumkan sebelum akhir tahun hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya