Lakonan? Saya tak nampak jalan ‘pulang’ lagi - Neelofa - Utusan Malaysia

Lakonan? Saya tak nampak jalan ‘pulang’ lagi – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEELOFA, si bunga biru. Namanya terus mekar dalam laman seni tempatan. Apa sahaja yang dilakukan, pasti ada sahaja reaksi daripada warganet. Penerimaan mereka juga berbeza-beza, ada manis dan pahitnya.

Namun ramai juga yang tertanya-tanya, bila agaknya Neelofa akan kembali ke layar kaca atau perak? Sementelah, dia juga yang kini sudah berpenampilan berniqab dilihat mungkin perlu melihat limitasi tertentu dalam sesebuah naskhah.

Bertanyakan perancangan 2024, termasuk agenda dalam dunia lakonan, Jawablah! melayangkan kerinduan peminat yang mungkin masih terimbau lakonannya dalam Pilot Cafe dan Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

J: Lama kita tak nampak Neelofa di layar kaca atau perak? Memang sudah letak noktah ke dalam dunia lakonan?

N: Sejujurnya, saya tak nampak apa-apa perkembangan berkenaan dunia lakonan dalam masa akan datang. Ditambah pula apabila saya mengandung selang setahun, jadi dengan ada anak kecil sukarlah sikit.

Apatah lagi, perniagaan saya juga semakin berkembang Kami juga dalam perancangan untuk memasarkan produk baharu dan sedia ada, jadi sukar untuk saya memberi komitmen masa terutama di set penggambaran.

J: Adakah ini juga melibatkan bidang pengacaran. Ramai juga sebenarnya mahu Neelofa kembali aktif sebagai pengacara? Mungkin ada program hiburan atau temu bual baharu? Konsep berbeza?

N: Saya rasa, pengacaraan juga sama cuma mungkin masa yang diperlukan tidak seperti lakonan. Memang ada perancangan. Mungkin musim baharu Next To Neelofa? Nantikan pengumumannya nanti.

Tetapi seperti yang saya cakap, bila ada dua anak yang sangat dekat jaraknya itu memang tak mudah bahagi masa. Ada perkara yang saya perlu benar-benar fokus. Anak-anak pun masih kecil, nak tinggal lama susah.

J: Maksudnya terkubur sudah kerjaya sebagai pelakon? Adakah disebabkan penampilan dan do and don’ts juga membuatkan Neelofa menolak tawaran berlakon?

N: Tidaklah sampai menguburkan kerjaya itu. Mungkin satu hari nanti, bila ada peluang, masa dan juga naskhah yang sangat sesuai kenapa tidak? Perlu lihat juga moral cerita dan apa yang mahu diketengahkan dalam karya tersebut.

Terutama dengan penampilan sekarang kan, perlu ikut syariah. Tetapi dalam masa terdekat ini, sangat tidak sesuai.

J: Tak terfikir untuk bukan syarikat produksi sendiri? Sementelah Neelofa dan suami, Haris Ismail juga pernah sama-sama berkecimpung dalam dunia lakonan?

N: Sebenarnya, pernah juga kami berangan nak buka produksi sendiri tetapi perancangan itu tidak mudah. Banyak perkara yang perlu kami ambil kira. Kalau ikutkan, memang lebih mudahlah bila ada produksi sendiri.

Kita cari naskhah sendiri dan penggambaran mengikut masa sendiri. Tetapi bukan sekarang, jauh lagi nak capai hasrat itu.

J: Bercakap tentang keluarga dan anak, Neelofa sendiri macam mana? Nampak kembali ligat dan langsing?

N: Langsing? Ya, turun juga berat badan tetapi ke angka sebelum hamil anak kedua. Kalau nak balik ke berat ketika zaman dara, memang susah sangat. Saya sendiri pun sudah lama tak timbang berat badan.

Kehidupan, Alhamdulillah, Menguruskan dua anak kecil tak mudah tetapi saya suka dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Rezeki Allah itu maha luas dan penuh rahmah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya