MENCIPTA populariti mendadak menerusi penghasilan lagu Retak Hatiku, penyanyi muda, Eira Milpan, tidak menyangka pertaruhan pertamanya untuk meneroka industri seni hiburan tanah air, menjadi. Menurut Eira atau nama sebenarnya, Syahirah Milpan, lagu hasil nukilan Oja, Zai Hamzah dan Achoi Floor 88 itu boleh dikatakan memiliki aura tersendiri yang menjadikan dirinya secara tidak langsung berpeluang menumpang tuah untuk dikenali ramai dan bergelar artis rakaman. Anak jati Johor ini berkata, ini kerana dia secara peribadi menyukai karya lagu sedemikian yang bernuansa pop dan balada Melayu. Malah, dek terlalu menyukai genre lagu seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya