Kuasa Jennie dan penubuhan Odd Atelier - Utusan Malaysia

Kuasa Jennie dan penubuhan Odd Atelier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI kumpulan Blackpink, Jennie, baru sahaja berkongsi satu berita yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana artis seangkatannya.

Selepas YG Entertainment mengumumkan kontrak eksklusif mereka bersama BLACKPINK diteruskan, Jennie membuat pengumuman penubuhan syarikatnya sendiri iaitu Odd Atelier (OA) di Instagram.

Jennie tidak mengulas panjang tentang syarikatnya itu namun cukup memberi bayangan syarikat ‘label’ miliknya akan mencari bakat-bakat berbeza dan luar biasa lari daripada kebiasaan apa yang ditampilkan di khalayak.

Odd bermaksud ganjil dan pelik sementara Atelier bermaksud studio seni atau bengkel. Bukan itu sahaja, Jennie menegaskan tidak akan meninggalkan BLACKPINK namun memberi bayangan akan lebih aktif bergerak secara solo menerusi syarikatnya OA.

Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana YG Entertainment boleh membiarkan Jennie mempunyai syarikat dan labelnya sendiri. Baik, untuk pengetahuan anda semua, BLACKPINK merupakan antara penyumbang saham terbesar syarikat mereka.

Ketika kontrak BLACKPINK masih di fasa perbincangan, G Dragon dari kumpulan Big Bang turut mengumumkan pengundurannya dari YG Entertainment menjadikan stok saham syarikat ini menjunam. Lebih menakutkan, saham syarikat itu boleh turun sehingga 64 juta USD jika tidak diselamatkan.

Kontrak bersama BLACKPINK adalah satu-satunya cara untuk mengembalikan kepercayaan kepada stok saham YG Entertainment.

Kononnya, ada beberapa artis yang akan bernaung di bawah label OA seperti Fifty Fifty, Ah Yeon dan Garam. Namun begitu, tidak ada apa-apa khabar yang boleh memberi kepastian mengenai khabar angin ini.

Bukan itu sahaja, memandangkan maklumat mengenai OA sangat terbatas, boleh jadi OA bukanlah label untuk para artis seperti yang dianggap, sebaliknya adalah sebuah label pakaian.

Hal ini tidak mustahil kerana Jennie memang dikenali mempunyai gaya fesyen tersendiri sehingga dilamar rumah fesyen terkemuka seperti Chanel dan Calvin Klein.

Lagipula, Atelier dalam bahasa Perancis sering digunakan untuk menunjukkan jenama pakaian.

Untuk rekod, Jennie mula memasuki YG Entertainment semasa zaman latihan pada tahun 2012. Ogos tahun ini menandakan 7 tahun perjalanannya bersama BLACKPINK.

Selalunya ketika tempoh pembaharuan kontrak berlangsung, kebanyakan band tidak akan meneruskan laluan bersama syarikat rakaman mereka seperti Girl’s Generation, GOT7 dan MAMAMOO. Namun nasib berbeza bagi BLACKPINK.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya