Kualiti kesejahteraan keluarga di Kedah terendah 

Kualiti kesejahteraan keluarga di Kedah terendah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kualiti kesejahteraan keluarga di Kedah pada 2022 adalah yang terendah berbanding 12 negeri dan wilayah persekutuan lain. 

Menurut Laporan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) 2022, kualiti kesejahteraan keluarga diukur melalui kadar perceraian, kes keganasan rumah tangga, kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah, purata pendapatan isi rumah bulanan, hutang isi rumah per kapita dan nisbah tanggungan. 

Kata laporan itu, prestasi indeks keluarga bagi kesemua negeri menurun 1.2 mata indeks pada 2022 berbanding tahun sebelumnya. 

“Tiga negeri yang mencatatkan mata indeks terendah ialah Kedah (-6.7 mata indeks), diikuti Melaka (-5.0 mata indeks) dan Pulau Pinang (-3.8 mata indeks). 

“Antara penyumbang kepada penurunan indeks ini adalah disebabkan oleh peningkatan kadar perceraian dan hutang isi rumah,” kata laporan itu. 

Indeks keluarga adalah antara sembilan komponen yang dinilai dalam subkomposit kesejahteraan sosial bagi bagi mengukur tahap kesejahteraan, selain subkomposit kesejahteraan ekonomi. 

Indeks kesejahteraan rakyat bagi negeri mengambil kira 14 komponen dan 63 indikator merangkumi 24 indikator ekonomi serta 39 indikator sosial. 

Secara keseluruhan, prestasi IKRN bagi kesemua negeri mencatatkan kenaikan mata indeks pada 2022. 

Tiga negeri yang mencatatkan mata indeks tertinggi ialah Perlis dengan 2.9 mata indeks kepada 115.2 mata pada 2022 berbanding 112.3 mata pada 2021, diikuti Sarawak 2.8 mata indeks kepada 119.5 mata pada 2022 berbanding 116.7 mata pada 2021 dan Perak 2.4 mata indeks kepada 118.5 mata berbanding 116.1 mata pada tempoh sama. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya