Krismas : Maklum kepada pihak berkuasa tinggalkan rumah - polis

Krismas : Maklum kepada pihak berkuasa tinggalkan rumah – polis

PARUM NIOT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMBANG: Sepanjang musim perayaan Hari Krismas, polis Limbang akan meningkatkan rondaan di kawasan perumahan bagi mengelak berlakunya aktiviti jenayah termasuk kecurian dan pecah rumah.

Justeru itu, Ketua Polis Daerah Limbang Parum Niot meminta penduduk setempat yang meninggalkan rumah masing-masing agar memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Sempena perayaan Krismas yang menjelang tiba, saya menasihatkan masyarakat sebelum meninggalkan rumah pastikan rumah dalam keadaan selamat dan berkunci.

“Jika meninggalkan rumah pastikan maklumkan kepada pihak kami di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang untuk kami membuat rondaan ke rumah yang ditinggalkan,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Menurutnya Parum, bagi pengguna jalan raya ketika musim cuti perayaan turut dinasihati agar memandu dengan lebih berhati-hati untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Saya juga menasihatkan kepada seluruh masyarakat semasa memandu kenderaan dan menunggang motosikal pastikan memandu dalam keadaan berhati-hati dan menunggang dalam keadaan berhati-hati.

“Kami dari warga IPD Limbang mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru 2024,” katanya lagi. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya