Krismas: Kenderaan bertambah di lebuh raya utama

Krismas: Kenderaan bertambah di lebuh raya utama

LEBUHRAYA KL-Karak berdekatan Plaza Tol Gombak sesak akibat pertambahan kenderaan sempena Krismas. - GAMBAR/LLM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama mulai pagi ini susulan orang ramai pulang bercuti sempena sambutan Hari Krismas, Isnin ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi lama Facebooknya memaklumkan, lebuh raya utama seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan  Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mula perlahan dengan pertambahan kenderaan di kebanyakan tempat.

Sementara itu, menerusi akaun rasmi X, PLUS melaporkan kemalangan di KM426.5 arah Selatan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung menyebabkan lorong kanan kedua-dua arah ditutup bagi proses pengalihan dan pembersihan sehingga menyebabkan trafik sesak arah Utara 20KM dan 5KM arah Selatan, setakat pukul 11 pagi ini.

Menurutnya, terdapat juga kemalangan di KM284.3 arah Selatan dari Putra Mahkota ke Nilai menyebabkan trafik perlahan kerana lorong kiri terhalang.

Dalam pada itu, laluan ke Genting Highland dari arah Gombak juga ditutup sementara bagi kerja-kerja pengalihan kenderaan disebabkan kemalangan melibatkan lori tangki di lorong kiri dan kanan.

“Pengguna yang ingin ke Genting Highland (dari Gombak) boleh menggunakan laluan alternatif melalui Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah,” kata Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui hantaran di Facebooknya.

Trafik turut dilaporkan perlahan Gombak hingga ke Genting Sempah berikutan pertambahan kenderaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya