Konvensyen Wanita Amanah: Anfal ungguli undian tertinggi - Utusan Malaysia

Konvensyen Wanita Amanah: Anfal ungguli undian tertinggi

Konvensyen Amanah
ANFAL Saari (dua, kiri) ketika majlis perasmian Konvensyen Awan Nasional 2023 di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Anfal Saari memenangi jumlah undi tertinggi dalam pemilihan jawatankuasa Angkatan Wanita Amanah (Awan) pada Konvensyen Awan Nasional 2023, hari ini.

Anfal yang merupakan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, memperoleh sejumlah 412 undi daripada 498 perwakilan yang mengundi dalam pemilihan tersebut.

Beliau meninggalkan Ketua Awan bagi penggal 2019 – 2023, Datuk Aiman Athirah Sabu yang mendapat 313 undi dengan menduduki tempat ke tujuh daripada 27 terpilih untuk membentuk jawatankuasa baharu sayap Amanah itu.

Tempat kedua pula diduduki ADUN Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim yang mendapat 394 undi disusuli Dr. Salmee Said (339), Nuru Iman Dzulkefly (333), Zaiton Latiff (329), Norhayati Bachok (318), Aiman Athirah (312) dan Dr. Rohani Abd. Muttalib (308).

Sementara itu, Sabrina Md. Yusoff pula menduduki tempat kesembilan dengan 299 undi, Norhayati Bidin (291); seterusnya ADUN Meru, Mariam Abd. Rashid (282), Dr. Kamaliah Noordin (281), Dr. Noorhaza Ma’an (275), Rozita Abdul (261), Che Mazlina Che Ayob (259) dan Norani Samsudin (251).

Di tempat ke 17, Anis Afida Mohd. Azli memperoleh 241 undi diikuti Husna Mohd. Amran (239) undi, N. V Pushpa (239), Julie Rosieta Mohamed (233), Sumayyah Mohamed Radzi (227), Che Noor Arifah Abu Bakar (225), Aida Yusof Rawa (223), Hamidah Ali (207), Hamisah Abdul Mubin (206) dan Minah Ahmad (201).

Bagi jawatan lain, Zarina menang kerusi Speaker tanpa bertanding sementara timbalan pula dimenangi oleh Rosmayana Abu Rahim yang menewaskan dua calon lain dengan memperoleh 267 undi.

Manakala Norlia Salleh dan Suriati Sukardi masing-masing memenangi 378 dan 262 undi terpilih sebagai juruaudit.

Kesemua 27 yang mendapat undi tertinggi itu kemudian diarahkan bersama Speaker untuk mengadakan mesyuarat bagi memilih ketua dan timbalan serta tiga jawatankuasa yang baharu bagi penggal 2023 hingga 2026.

Terdahulu seramai 498 perwakilan mengundi dalam pemilihan yang diadakan secara dalam talian pada konvensyen tersebut berbanding 509 layak, 11 lagi tidak mengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya