Konvensyen Wanita Amanah: Aiman Athirah kekal Ketua Awan - Utusan Malaysia

Konvensyen Wanita Amanah: Aiman Athirah kekal Ketua Awan

Wanita Amanah
AIMAN Athirah Sabu (tengah) bersama Anfal Saari (kiri) dan pimpinan Angkatan Wanita Amanah Nasional yang memenangi pemilihan jawatankuasa sayap itu pada Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Nasional 2023 di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kekal sebagai Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) bagi penggal 2023 hingga 2026 selepas dipilih melalui mesyuarat pasca pemilihan jawatankuasa sayap itu, hari ini.

Ahli Parlimen Sepang itu antara 27 yang memperolehi sokongan tertinggi iaitu 312 undi daripada perwakilan dalam Konvensyen Awan Nasional 2023 sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Anfal Saari.

Dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira 30 minit itu turut bersetuju memilih Naib Presiden 1, 2 dan 3 iaitu ADUN Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim, Dr. Salmee Saad dan Dr. Kamaliah Noordin.

Terdahulu, Anfal dilaporkan memenangi jumlah undi tertinggi dalam pemilihan jawatankuasa Angkatan Wanita Amanah (Awan) pada Konvensyen Awan Nasional 2023, hari ini.

Anfal yang merupakan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, memperoleh sejumlah 412 undi daripada 498 perwakilan yang mengundi dalam pemilihan tersebut.

Beliau meninggalkan Ketua Awan bagi penggal 2019 – 2023, Datuk Aiman Athirah Sabu yang mendapat 313 undi dengan menduduki tempat ke tujuh daripada 27 terpilih untuk membentuk jawatankuasa baharu sayap Amanah itu.

Bagi jawatan lain, Zarina menang kerusi Speaker tanpa bertanding sementara timbalan pula dimenangi oleh Rosmayana Abu Rahim yang menewaskan dua calon lain dengan memperoleh 267 undi.

Manakala Norlia Salleh dan Suriati Sukardi masing-masing memenangi 378 dan 262 undi terpilih sebagai juruaudit.

Kesemua 27 yang mendapat undi tertinggi itu kemudian diarahkan bersama Speaker untuk mengadakan mesyuarat bagi memilih ketua dan timbalan serta tiga jawatankuasa yang baharu bagi penggal 2023 hingga 2026.

Terdahulu seramai 498 perwakilan mengundi dalam pemilihan yang diadakan secara dalam talian pada konvensyen tersebut berbanding 509 layak, 11 lagi tidak mengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya