Konvensyen Kerajaan Perpaduan peringkat negeri bermula

Konvensyen Kerajaan Perpaduan peringkat negeri bermula Januari 2024

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan alan mengadakan konvensyen khas di peringkat negeri bagi memperkukuh hubungan antara semua parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, konvensyen tersebut akan diadakan bermula Januari 2024.

“(Ini) bagi mempertingkatkan lagi kesefahaman dan kerjasama antara parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan,” katanya di dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tamat.

Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung bermula pada 8 malam tadi memakan masa selama 2 jam iaitu sehingga 10 malam.

Asyraf Wajdi berkata, UMNO turut bertegas pendiriannya iaitu untuk terus memperkukuhkan dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Mesyuarat juga memperakukan bahawa semua Ahli-Ahli Parlimen dan Adun-Adun UMNO akan terus mendokong pendirian parti untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan.

“Sebagaimana yạng diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pada 14 Januari 2023,” jelasnya.

Tambahnya, UMNO akan mengadakan Kolokium Khas pada 6 Januari hadapan bagi memastikan agenda Melayu terus diperkasa.

“Bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera yang bakal membentangkan hala-tuju dan tawaran ekonomi baharu untuk umat Melayu di negara ini,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya