Konvensyen Amanah Nasional: Di mana Islam, Melayu terancam? - Presiden - Utusan Malaysia

Konvensyen Amanah Nasional: Di mana Islam, Melayu terancam? – Presiden

Amanah
MOHAMAD Sabu berucap dalam ucapan penggulungannya pada Konvensyen Amanah Nasional 2023 di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Amanah menganggap sentimen ‘Agama Islam dan kedudukan Melayu terancam’ yang dimainkan parti lawan dalam siri pilihan raya sebelum ini menyebabkan mereka gagal meraih sokongan pengundi muda khususnya berusia 18 tahun.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Pakatan Harapan (PH) sepatutnya mendapat sokongan kumpulan pengundi tersebut apabila dasarnya diusul dan diluluskan rang undang-undangnya mereka memerintah pada 2019.

Menurutnya, sokongan mereka gagal diperolehi akibat sentimen sedmekian yang dianggap sebagai sensitif kepada golongan muda menyebabkan ramai pengundi daripada kumpulan tersebut menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Unid18 memang kerajaan kita yang luluskan dan diterima tetapi kita tak sempat menyediakan penerangan sama ada di sekolah, universiti dan sebagainya kepentingan undi18 sewaktu bila berlaku pilihan raya dalam keadaan kita tidak memerintah pada waktu itu.

“(Ia) digunakan sebaik mungkin oleh pembangkang (PN) untuk menggunakan pengundi baharu itu, di antara isu yang besar dan menekankan Islam terancam dan kedudukan Melayu tidak terjamin pada masa hadapan.

“Isu Islam terancam memang memikat hati, pemikiran rakyat sehingga kita melihat tokoh-tokoh daripada Amanah, UMNO kalah. ‘Puteri reformasi’ yang dahulu terkenal di Permatang Pauh, kubu tempat lahirnya reformasi, kalah.

“Ini akibat daripada permainan Islam dan Melayu terancam. Perkara itu sudah diungkap dan kita dengan Kerajaan Madani kena tunjukkan di mana terancamnya Islam dan di mana terancamnya kedudukan orang Melayu,” katanya pada ucapan penggulungan Konvensyen Amanah Nasional 2023, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan optimis mengatakan Kerajaan Perpaduan akan memerintah dengan sokonga lebih baik selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“(Amalan) Politik perpaduan (coalition), kesederhanaan supaya kita dapat terus menjadi pemerintah dari semasa ke semasa. Saya yakin kalau kita perpaduan elok berjalan dengan baik PRU16 nanti Kerajaan Perpaduan kembali memerintah dengan lebih bergaya.

“Kita tak boleh melihat di empat negeri iaitu Ternegganu, Kelantan, Perlis dan kedah, hanya satu parlimen yang kita peroleh. Tetapi kalau kita campurkan undi Barisan Nasional (BN) dengan PH, kita akan memeperolehi banyak kerusi di keempat-empat negeri itu (nanti),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya