Kontroversi penyondol, nama Mak Wan Latah pula kena petik? - Utusan Malaysia

Kontroversi penyondol, nama Mak Wan Latah pula kena petik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini, Cik Bunga ikuti jugalah isu dan kontroversi yang bertebaran di media sosial dan di media massa berkenaan seorang pelakon senior yang didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang. 

Terkejut juga Cik Bunga sebab tak sangka, biasa dengar wanita muda saja terlibat rampas merampas atau berskandal dengan suami orang. Ada juga orang berusia yang terjebak dengan perangai tidak bermoral seperti itu ya? 

Perkara ini bagaimanapun menjadi semakin panas apabila dari mulut ke mulut, ramai asyik bercerita dan mula main petik-petik nama. Masing-masing sudah macam sedang masuk peraduan teka-teki pula. 

Dalam ramai nama yang Cik Bunga dengar terpalit dengan kontroversi ini, antara nama yang didakwa terjebak dengan skandal suami orang itu ialah pelakon senior, Mak Wan Latah. 

Alamak, betulkah? Cik Bunga bukanlah nak menyibuk, tetapi bagi kita, kalau buatnya bukan Mak Wan Latah yang buat hal begitu, bagaimana? Tak baiklah main tuduh-tuduh ye tak? 

Lagipun, setakat ini Cik Bunga tak ada dengar lagi Mak Wan Latah buat sebarang kenyataan mengenai isu ini. 

Iyalah, Cik Bunga pasti tak mungkinlah Mak Wan tak tahu atau tak ada dengar-dengar mengenai perkara ini yang sedang hangat diperkatakan orang dalam industri. Bagi Cik Bunga, lebih baik tunggu pihak-pihak tertentu yang berkaitan dengan kontroversi penyondol atau disondol ini tampil buat penjelasan. 

Bukan apa, kalau tak jelaskan segera, benda akan jadi barah. Lama-lama berkudis, bernanah kalau tak dirawat. Pelakon terbabit itu pun susah hendak cari makan pula lepas ini. Ya, mungkinlah, kita tak adalah nak doa begitu…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya