Kontrak ditamatkan sebab kecam Israel? Kaka Azraff

Kontrak ditamatkan sebab kecam Israel? Kaka Azraff, Warner Music kunci mulut

TIMBUL khabar angin penyanyi Kaka Azraff, bakal ditamatkan kontrak rakaman bersama Warner Music Malaysia kerana mengecam Israel.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara lantang mengkritik kekejaman Israel, muncul pula khabar angin penyanyi, Kaka Azraf, bakal ditamatkan kontrak rakaman bersama syarikat Warner Music Malaysia. 

Insiden tersebut bermula apabila Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, 34, dikatakan telah meninggalkan sebuah komen kepada pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic yang mempersoalkan tindakan Israel terhadap rakyat Palestin minggu lalu.

“Kerana Israel adalah orang yang memulakan (perang). Israel mencuri tanah mereka dan kini bertindak seperti mereka mangsa?

“Orang sakit. Hitler sepatutnya membunuh semua Israel!” tulisnya. 

Komen berkenaan kemudian telah dikongsikan pemilik akaun Instagram Jew Hate Database, iaitu sebuah kelompok penyokong Israel sekaligus mendedahkan butiran kerjaya artis berkenaan.

Akaun berkenaan yang memunyai 57 ribu pengikut itu juga turut menyifatkan Kaka sebagai anti-Yahudi dan menyeru agar syarikat induk, Warner Music Group mengambil tindakan terhadap penyanyi  itu. 

“Kenali Kaka Azraff, seorang pembenci Yahudi dan penyanyi pop Malaysia yang menandatangani kontrak dengan Warner Music Malaysia.

“Pada masa lapangnya, dia mengganggu pempengaruh online, Nate sambil menyokong penghapusan semua orang Yahudi dan menyatakan sentimen bahawa Hitler sepatutnya membunuh semua orang Yahudi, sebuah retorik anti-Yahudi yang terkenal,” tulis kapsyen Instagram berkenaan.

Menyemak Instagram Kaka Azraf, ruangan komen penyanyi Gila itu dipenuhi dengan kecaman dan makian daripada segelintir penyokong Israel. 

Setakat ini, Pihak Warner Music Malaysia mahupun Kaka sendiri masing-masing mengunci mulut ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengesahkan khabar angin terbabit. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya