Kita rasa dihargai dalam Kerajaan Perpaduan-GRS - Utusan Malaysia

Kita rasa dihargai dalam Kerajaan Perpaduan-GRS

MASIDI MANJUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Kita rasa dihargai dalam sebuah kerajaan yang dibentuk, di bawah Kerajaan Perpaduan setiap ahli hendaklah dilihat sebagai penting.”

Demikian kata Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun berhubung komitmen gabungan itu terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan.

Beliau berkata, GRS kekal dengan pendirian terus menyokong kepemimpinan Anwar untuk terus menerajui kepimpinan negara sehingga habis penggal.

Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, sepertimana dinyatakan oleh Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor bahawa pendirian gabungan itu jelas menyokong kepemmpinan Perdana Menteri.

“Dalam kenyataan Perdana Menteri tersebut, kita rasa bahawa GRS adalah satu komponen penting dalam kerajaan.

“Sebagai tanda terima kasih kita atas pengiktirafan itu, kita telah menyatakan dari awal bahawa kita menyokong penuh kepemimpinan beliau untuk terus menjadi Perdana Menteri sehingga penggal ini selesai,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka Krimas Parti Bersatu Sabah (PBS)-Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Perdana Menteri yang menyambut baik komitmen GRS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menolak beberapa cubaan terdesak untuk menjatuhkan kerajaan sepanjang tempoh setahun ini.

Menurut Masidi, GRS ingin memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi kerana kehidupan rakyat cukup terjejas dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

“Jadi saya mintalah supaya kita lupakan sementara segala perbezaan remeh temeh politik ini dan tumpu kepada menyatupadukan semua usaha serta fokus kita untuk memulihkan ekonomi.

“Apabila ekonomi kita dapat dipulihkan, kita boleh bercakap pasal benda-benda lain yang lebih penting seperti perlunya kita bersatu,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, Malaysia antara negara yang baik jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain namun, kestabilan negara ini dijejaskan dengan isu perpaduan yang menyentuh tentang hubungan kaum dan agama.

Katanya, isu-isu sebegitu tidak harus mengambil masa yang terlalu lama untuk diberi tumpuan kerana ia akan memburukkan lagi keadaan di negara ini.

“Apabila bercakap pasal perpaduan dan hubungan suku kaum, barangkali mereka di seberang sana boleh melihat bagaimana kita di Sabah boleh wujudkan silaturrahim dan hubungan yang baik walaupun dalam politik masih ada perbezaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya