Sing King tempelak MB Kedah hina imej badan

King Sing tempelak MB Kedah hina bentuk fizikal badan

TIONG KING SING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini menempelak Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor kerana menghina sifat fizikal badannya.

Ketika ditemui pemberita di kementeriannya di sini hari ini, beliau malahan menyifatkan penghinaan oleh Menteri Besar Kedah itu sebagai cara untuk mengalihkan fokus rakyat.

“Saya tidak tahu apakah masalah sebenarnya, tetapi mungkin dia mahu tarik perhatian masyarakat dengan menghina bentuk tubuh badan saya pula,” katanya dalam nada kesal.

Minggu lalu, Muhammad Sanusi ketika berbahas pada sidang Dewan Undangan Negeri di Kedah mengejek fizikal King Sing seperti dewa perut boroi bagi penganut bukan Muslim.

Pengerusi Perikatan Nasional Kedah ini membuat ayat penghinaan tersebut disebabkan berang menteri pusat berkenaan konon tidak mempromosikan pelancongan di negeri itu.

Ia ekoran pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin pada 27 November lalu bagi memajukan lokasi sempadan.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bintulu itu dalam nada sindiran menambah, jika tokoh Pas Pusat tersebut mahu menarik pelancong, beliau sepatutnya tidak bersifat mulut celupar.

“Paling mustahak, kenalah jaga mulut sebab kalau mulut sendiri pun tidak dijaga, buatlah apa-apa pun untuk minta ramai pelancong luar datang Kedah, tetap tiada guna,” tegasnya.

Justeru, beliau hairan bagaimana ungkapan jelik itu boleh datang daripada seorang ketua kerajaan negeri yang dianggap lebih suka berpolitik dan mempolitikkan segala perkara.

Sing King merujuk kenyataan kontroversi Muhammad Sanusi selepas mesyuarat exco Kedah pada pertengahan bulan lepas yang menyamakan wanita berpakaian seksi sebagai haiwan.

Kelancangannya itu ujar beliau, mengakibatkan usaha kementeriannya mempromosikan Langkawi semakin sukar apabila ramai pelancong asing bimbang mengunjungi pulau ini.

Bahkan, tindakan angkuh pemimpin pembangkang itu menghina pakaian pelancong bukan Islam, jelasnya, mengakibatkan ramai dilapor membatalkan hasrat bercuti di Langkawi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya