Kilang bihun jenama terkenal musnah dalam kebakaran

Kilang bihun jenama terkenaL musnah dalam kebakaran

KESAN kebakaran sebuah kilang memproses bihun jenama terkenal di Kawasan Perindustrian Kuala Ketil, Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Sebuah kilang bihun jenama terkenal musnah kira-kira 60 peratus dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Kuala Ketil, di sini awal pagi tadi.

Penguasa Kanan Bomba 2 Rahimi Ali, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.26 pagi.

“Seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, BBP Sungai Petani, BBP Kulim HiTech dan BBP Yan bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja mendapat panggilan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, api sedang marak di sebuah bangunan Kelas A yang anggaran keluasan kilang 151 meter x 60 meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, tindakan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) membuat pemadaman kebakaran enam aliran enam pancutan dari kiri dan kanan serta di bahagian hadapan bangunan.

Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Api kebakaran berjaya dikawal pada pukul 5.20 pagi, kerja-kerja overhaul telah dilakukan di lokasi kejadian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Anggaran pratus kebakaran adalah 60 peratus dan operasi kebakaran ditamatkan pada pukul 12.34 tengah hari, punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya lagi, PKO telah menghubungi Unit Anjing Pengesan (K9) atas arahan pegawai siasatan kebakaran ke lokasi kebakaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya