Kes Zayn: Operasi cari bukti hari ketujuh, tiada petunjuk positif

Operasi cari bukti pembunuhan Zayn Rayyan memasuki hari ketujuh, tiada petunjuk positif

OPERASI mencari bukti kes bunuh Zayn Rayyan diteruskan pada hari ketujuk dikawasan sekitar kediaman Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencarian bukti diteruskan anggota Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini di kawasan sekitar kediaman Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Operasi yang memasuki hari ketujuh ini, masih tidak menemukan sebarang petunjuk positif.

Kenderaan forensik itu dilihat tiba di pekarangan apartmen ini sekitar pukul 9.30 pagi.

Hari ini, pihak media masih tidak dibenarkan berada di lokasi berhampiran blok R oleh pihak polis, yang mana kita percaya ia adalah untuk memastikan siasatan berjalan dengan lebih lancar.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan terdapat pergerakan ditemukan hasil pemeriksaan awal rakaman papan pemuka (dashcam) kereta yang diperoleh dalam kalangan penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun pihaknya memerlukan semakan lanjut bagi mengesahkan sama ada pergerakan itu membabitkan individu mahupun objek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya