Kes ratusan pekerja warga asing dakwa tidak dapat pekerjaan dalam siasatan - Utusan Malaysia

Kes ratusan pekerja warga asing dakwa tidak dapat pekerjaan dalam siasatan

STEVEN SIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes 171 pekerja warga asing dari Bangladesh yang mendakwa ejen mereka gagal mendapatkan pekerjaan di negara ini.

Menterinya, Steven Sim berkata, beliau telah mengarahkan agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan segera termasuk memanggil ejen yang terlibat dalam pengambilan pekerja asing tersebut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan saya juga akan bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk berbincang dan menambah baik dasar berkaitan pekerja asing dalam masa terdekat,” katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian 171 pekerja asing dari Bangladesh yang mendakwa ejen mereka gagal mendapatkan pekerjaan untuk mereka selepas tiga bulan berada di negara ini.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi satu minit 33 saat yang memaparkan lelaki warga asing berjalan kaki secara beramai-ramai di kawasan Bayu Damai, Teluk Ramunia, Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, siasatan awal mendapati warga asing yang memiliki dokumen pengenalan diri sah itu berjalan kaki menuju ke Balai Polis Bayu Damai yang terletak kira-kira 10 kilometer dari asrama mereka.

Mereka berbuat demikian bagi membuat laporan kerana mendakwa tidak mendapat tawaran kerja daripada ejen dalam tempoh tiga hingga enam bulan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya