Kes jenayah komersial di Limbang meningkat

Kes jenayah komersial di Limbang meningkat

PARUM Niot (dua dari kiri) pada perhimpunan bulanan bagi bulan November di Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMBANG: Sebanyak 58 kes jenayah komersial menunjukkan peningkatan pada tahun di Limbang berbanding 25 kes tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 33 kes.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot, yang mana menjelaskan rata-ratanya merupakan jenayah penipuan dalam talian (scammer) yang direkodkan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang.

“Kes jenayah komersial menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 33 kes, pada tahun ini dengan mencatatkan 58 kes berbanding hanya ada 25 kes pada tahun lepas.

“Namun lain-lain jenayah statistik menunjukkan penurunan,” katanya ketika ditemui media pada perhimpunan bulanan November di Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang di sini hari ini.

Tambah Parum lagi, jenayah narkotik turut menunjukkan peningkatan sebanyak 45 kes berbanding tahun lepas.

Manakala lain-lain kes menunjukkan trend penurunan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu polis Limbang kini sudah bersiap siaga untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

“Beberapa siri mesyuarat membabitkan semua agensi termasuk Pejabat Residen sudah dijalankan bagi memastikan semua pihak bersedia untuk menjalankan tugas,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya