Kes Covid-19 meningkat 20,696 kes

Covid-19 meningkat 20,696 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jangkitan Covid-19 menyaksikan peningkatan kepada 20,696 kes untuk tempoh 10 hingga 16 Disember lalu.

Melalui hantaran platform X oleh Covid19Place yang dikongsi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, perkembangan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 8,000 kes berbanding minggu sebelumnya.

Pada 3 hingga 9 Disember lalu, sebanyak 12,757 kes dilaporkan di seluruh negara dengan angka kematian 11 kes.

Laporan sama menunjukkan 588 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, 22 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 14 kes memerlukan penggunaan ventilator.

Dalam pada itu, infografik sama turut menunjukkan jumlah kematian dalam tempoh itu adalah sebanyak 28 kes, dengan tertinggi di Selangor dengan 6,449 kes.

Jumlah kes baharu meningkat dua kali ganda sejak awal bulan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya