Kerjasama UMNO-Warisan tidak jejaskan Kerajaan Perpaduan - Armizan

Kerjasama UMNO-Warisan tidak jejaskan Kerajaan Perpaduan – Armizan

ARMIZAN MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerjasama Warisan dan UMNO yang memutuskan untuk menentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang dijangka tahun depan tidak akan menjejaskan kestabilan politik Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerjasama antara parti itu yang kini sama-sama berada dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terikat kuat dengan Memorandum Persefahaman (MoU) antara ketua-ketua parti gabungan sebelum ini.

“Tidak ada masalah sebab bagi saya, kita kena ingat bahawa kebersamaan kita dalam kerajaan menerusi MoU berkenaan.

“Saya fikir perkara tersebut (kerjasama UMNO -Warisan) hanya akan berlaku di peringkat negeri sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Karnival Barangan Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, komitmen Kerajaan Perpaduan ketika ini adalah memastikan memastikan kestabilan kerajaan di peringkat Persekutuan kekal kukuh dan stabil.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, Warisan dan UMNO berhak melakukan kerjasama dan GRS tidak mencampurinya urusan kedua-dua parti itu.

“Saya fikir itu hak mereka Warisan-UMNO nak kerjasama, saya tak mahu komen kerana bagi saya fokus kita sama ada peringkat persekutuan dan negeri adalah untuk meneruskan kerja untuk rakyat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan parti pimpinannya akan bekerjasama dengan UMNO pada PRN Sabah nanti.

Mohd Shafie berkata, Datuk Seri Bung Moktar Radin selaku Ketua UMNO Sabah telah menyatakan persetujuan berkenaan dan bergabung untuk menentang GRS yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya