Kerjasama strategik agensi kerajaan pastikan bantuan berkesan

DEWAN NEGARA: Kerjasama strategik agensi kerajaan pastikan bantuan berkesan

Datuk Seri Hanifah Hajar Taib
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerjasama strategik antara semua agensi kerajaan berkaitan ditingkatkan bagi memastikan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi penyampaian bantuan bersasar yang dirangka Pusat dengan lebih berkesan. 

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, PADU berupaya memaparkan tahap sosioekonomi rakyat berdasarkan maklumat pendapatan, pekerjaan, pendidikan serta segala program bantuan yang diterima. 

“Ini akan membantu kerajaan merangka dasar inisiatif yang lebih efektif berpacukan data dan seterusnya membolehkan rakyat menerima manfaat dari pelaksanaan dasar yang lebih terancang dan bersasar,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Mujahid Yusof mengenai usaha melengkapkan maklumat data bersepadu bagi tujuan penyampaian bantuan yang lebih bersasar. 

Mengulas lanjut, Hanifah berkata, data mikro daripada semua agensi kerajaan akan disatukan melalui PADU bagi mewujudkan profil daya semua individu dan isi rumah rakyat Malaysia.

“Dianggarkan sejumlah 454 institusi sektor awam meliputi kementerian, jabatan dan agensi kerajaan mempunyai pangkalan data masing-masing. 

“Agensi kerajaan yang beroperasi di negeri dan daerah juga mempunyai kepelbagaian data. Oleh itu, penglibatan semua agensi kerajaan dalam perkongsian data adalah penting dalam menjayakan PADU,” katanya.-UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya