Kerjasama akademik, industri tingkat industri animasi - Utusan Malaysia

Kerjasama akademik, industri tingkat industri animasi

MOHD. Khairi Ibrahim (kanan) melawat tapak pameran selepas merasmikan program Showcase Cipta 6.0 di Kolej Komuniti Besut, Besut, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Pemerkasaan kerjasama di antara pihak akademik dan industri perlu dilaksanakan dalam usaha melahirkan graduan animasi kebolehpasaran tinggi.

Pengarah Urusan Creatutoon, Mohd. Khairi Ibrahim yang juga penerima anugerah Thematic Award di Memorial Maria Luisa Asturias, Sepanyol berkata, dalam membantu pendidik akademik memahami kemahuan semasa industri, mereka memerlukan kerjasama erat daripada pelbagai pihak.

“Apa yang saya nampak dalam bidang animasi di antara akademik dan industri perlu bersatu. Bukan hanya pelajar tetapi juga pendidik perlu mendapatkan latihan konsisten daripada pihak industri.

“Ia kerana di industri teknologi itu berubah dari semasa ke semasa sangat cepat, sementara di akademik kita terikat dengan silabus-silabus tertentu dan kita tidak mahu akademik tertinggal terlalu jauh,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Showcase Cipta 6.0 di Kolej Komuniti Besut, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua pihak perlu sentiasa berhubung dan bekerjasama dalam usaha merapatkan jurang yang ada dan meningkatkan industri animasi negara.

Katanya lagi, langkah tersebut sekaligus dapat mewujudkan graduan yang mempunyai kemampuan seperti diperlukan pihak industri.

“Dengan cara ini, pelajar mempunyai peluang besar untuk menyertai bidang animasi dengan kebolehan mereka serta mengaplikasikan secara praktik atau amali apa yang dipelajari.

“Sekiranya pelajar tersebut tertinggal jauh, industri terpaksa melatih mereka kembali bagi memenuhi kehendak industri,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya