Kerinduan Ungu terubat, peminat Sabah ‘keren’ - Utusan Malaysia

Kerinduan Ungu terubat, peminat Sabah ‘keren’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bait-bait lirik ‘Maafkan aku menduakan cintamu, berat rasa hatiku tinggalkan dirinya, dan demi waktu yang bergulir di sampingmu, maafkanlah diriku sepenuh hatimu’ nyanyian kumpulan Ungu menjadi lagu penutup konsert Ungu Di Bawah Bayu.

Lirik lagu ‘Demi waktu’ itu meniti di bibir setiap peminat yang menunggu selama lapan tahun untuk kumpulan pemuzik dari negara jiran, Indonesia itu kembali membuat persembahan di Sabah.

Kehadiran kira-kira 4,700 peminat di Pusat Teknologi dan Komersil Antarabangsa (ITCC) Penampang itu menjadi bukti peminat amat menantikan kemunculan semula kumpulan Ungu di negeri ini.

Vokalis kumpulan Ungu, Pasha melahirkan rasa teruja melihat sambutan luar biasa peminat Ungu di Sabah.

“Lapan tahun bukan waktu yang singkat, kita sudah rindu dan tidak Sabah untuk mengadakan konsert di Kota Kinabalu.

“Menurut kami, ini adalah tempat yang mempunyai peminat Ungu yang ramai dan terbukti selepas persembahan tadi, setelah lapan tahun mereka masih menyambut Ungu dengan hangat sehingga terbayar kerinduan bersama peminat. Peminat Kota Kinabalu kerenlah (hebat),” katanya semasa sidang akhbar selepas berakhirnya konsert Ungu Di Bawah Bayu. baru-baru ini.

Menurut Pasha, beliau agak terkejut dengan sambutan hangat peminat di Sabah yang mampu menyanyikan lagu-lagu yang kurang popular lagu ‘Seperti Mati Lampu’ dan ‘Luka Di Sini’.

Walaupun lagu yang kurang diketahui ramai itu dinyanyikan secara medley namun, respon peminat yang mampu menyanyikan semua lagu-lagu itu membuatkan Pasha rasa terharu dengan sambutan peminat.

Dengan sambutan yang luar biasa itu, Pasha melahirkan hasrat untuk kembali semula ke Sabah dengan persembahan yang lebih besar.

“Kami sangat puas dan senang dengan sambutan peminat di Sabah. Mungkin kita mahu adakan konsert yang agak besar kapasitinya seperti di stadium atau padang,” katanya.

Berkongsi rahsia kumpulan Ungu mampu bertahan sehingg kini, gitaris Ungu, Enda menyatakan selama 24 tahun bersama, mereka tidak pernah menganggap kumpulan itu adalah pekerjaan mereka.

Jelas Enda, kumpulan itu sudah seperti saudara jadi tidak kira apa juga yang berlaku, mereka berlima akan kekal bersama dan meneruskan persembahan dan menghiburkan peminat.

Dalam konsert yang berlangsung selama dua jam itu menyaksikan kumpulan Ungu membawa 18 buah lagu termasuk lagu-lagu hit mereka termasuk Demi waktu, Andai ku tahu dan Tercipta untukku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya